Gelak merupakan penawar bagi penyakit kemurungan.. Dan gelak juga merupakan rahsia awet muda.. kalau nak kekal nampak muda macam saya.. Jom Gelak!
Friday, September 28, 2012
Hanya Kamu
Seorang isteri marah pada suaminya
Isteri: "Mengapa kamu tidak memberitahu saya terlebih dahulu yang kamu miskin hah!"
Suami: "Saya sudah beritahu kamu, kamu hanya mengangguk dan tidak mahu memahami."
Isteri: "Apa yang kamu katakan?"
Suami: "Saya beritahu kamu, cuma kamulah satu-satunya milikku di dunia ini..."
Isteri: "#$*@#!?"
Hantu
Amir: Semalam aku nampak hantu!
Syah: Uih! kau terkejut tak?
Amir: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
Syah: Mana kau tahu?
Amir: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
Susu lembu
Alan: Kenapa kau cakap minum susu segar boleh bawa maut?
Samad: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
Surat
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
Cucu: "Atok buat apa tu?"
Atok: "Atok bagi surat kat kawan atok?"
Cucu: "kenapa kawan atok duduk dalam tong merah tu?"
Tadika
Cikgu: Amri, awak ada berapa beradik?
Amri: tiga, cikgu
Cikgu: awak yg paling tua?
Amri: tak, atuk saya….
Romantik
Zamani diundang kawannya untuk makan malam. Salleh si tuan rumah memanggil isterinya dengan panggilan cukup manja… Sayang… Manis… Cintaku dan sayangku tak lekang dari bibirnya.
Zamani memandang Salleh lalu berkata: “Romantis betul kau, walau berpuluh tahun kahwin kau tetap memanggil isteri kau dengan panggilan manja."
Mizal mengangkat bahu dan berbisik:
“Sebenarnya aku selalu lupa namanya sejak tiga tahun kebelakangan ini.”
Orang Gila
Seorang Lelaki menelefon sebuah rumah sakit jiwa dan bertanyakan kepada petugas resepsi adakah pesakit di katil nombor 27 ada.
Petugas tersebut lalu memeriksa dan dengan segera kembali ke telefon memberitahu lelaki tersebut, bahawa katil nombor 27 sememangnya kosong.
“Bagus sekali…!” Kata si lelaki, “… Itu bererti aku sudah betul-betul berjaya melarikan diri.”
Alahai Kacang Hijau..
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke Klinik Suria
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masalah apa ...?"
Pesakit : "Telinga saya ada biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa... .
Doktor : " Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut...."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda siram telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda boleh ler tarik keluar."
Pesakit : "Huh

Saturday, September 22, 2012
Yang Mana Satu??
Amir sedang membaca surat dan dalam keadaan murung...
Zaidi : Kenapa ni?? Ada apa-apa yang tak kena ke?
Amir : Seorang lelaki hantar surat ini dan berkata kalau saya tak jauhkan diri dari isterinya, dia akan bunuh saya...
Zaidi : Jadi lebih baik awak jauhkan diri dari isterinya...
Amir : Tetapi isterinya yang mana satu? orang yang menulis surat ini ialah "anonymous"

Malas ke sekolah
Jam sudah menunjukkan pukul tujuh pagi. Zaki masih lagi berdengkur. Ibunya segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu: Zaki...Zaki…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Zaki: Alaa mak… Zaki tak nak pergi sekolah!
Ibu: Apa?? Tak nak pergi sekolah?! Zaki beri ibu dua sebab kenapa Zaki tak nak ke sekolah.
Zaki: Semua murid-murid tak suka Zaki. Cikgu-cikgu pun tak suka Zaki!
Ibu: Itu bukan alasan untuk tak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”
Zaki: Baiklah, sekarang ibu pula beri dua sebab kenapa Zaki mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Zaki dengar baik-baik…. Pertama: Zaki sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Zaki kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”
Cermin mata
Seorang wanita pergi ke klinik mata. Setelah matanya di periksa. Dia bertanya
Wanita : Doktor, selepas pakai cermin mata nanti, saya boleh membaca macam orang lain?
Doktor : Sudah tentu
Dengan gembiranya wanita itu menjawab : Seronoknya..sudah lama saya buta huruf,akhirnya saya boleh membaca mcm org lain.

Diet
Seorang wanita yang terlalu gemuk datang bertemu seorang doktor.
Wanita : Doktor, macam mana nak atasi masalah kegemukan saya ni..bermacam2 cara saya dah cuba tetapi tidak berjaya..
Doktor : Tidak mengapa, saya sarankan satu cara terbaik untuk atasi masalah kamu ini..kamu hanya perlu menggelengkan kepala sahaja..
Wanita : Em?? Tapi sampai bila saya perlu menggelengkan kepala doktor?
Doktor : Apabila seseorang menghulurkan apa sahaja makanan kepada kamu.. (sambil tersenyum)

Panadol
Ketika pulang dari pekan, Pak Mat meminta Mak Siti membancuh secawan kopi untuknya. Kemudian secara tiba2 Pak Mat memasukkan sebutir panadol ke dalam kopi tersebut sambil di perhatikan oleh Mak Siti yang kehairanan.
Mak Siti : Kenapa abang masukkan panadol dalam kopi tu??
Pak Mat : Kopi ni panas, bagi panadol kurang sikit panas die..
Mak Siti hanya menggelengkan kepala berulang kali mengenangkan sikap suaminya..
Mak Siti : Kenapa abang masukkan panadol dalam kopi tu??
Pak Mat : Kopi ni panas, bagi panadol kurang sikit panas die..
Mak Siti hanya menggelengkan kepala berulang kali mengenangkan sikap suaminya..
Subscribe to:
Posts (Atom)