Friday, September 28, 2012

Hanya Kamu


Seorang isteri marah pada suaminya 

 Isteri: "Mengapa kamu tidak memberitahu saya terlebih dahulu yang kamu miskin hah!"

 Suami: "Saya sudah beritahu kamu, kamu hanya mengangguk dan tidak mahu memahami."  

Isteri: "Apa yang kamu katakan?"

Suami: "Saya beritahu kamu, cuma kamulah satu-satunya milikku di dunia ini..."

 Isteri: "#$*@#!?" 

Hantu


Amir: Semalam aku nampak hantu! 

Syah: Uih! kau terkejut tak?

Amir: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.

Syah: Mana kau tahu?

Amir: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

Susu lembu


Alan: Kenapa kau cakap minum susu segar boleh bawa maut?

Samad: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

Surat


Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.

Cucu: "Atok buat apa tu?"
Atok: "Atok bagi surat kat kawan atok?"
Cucu: "kenapa kawan atok duduk dalam tong merah tu?" 

Tadika


Cikgu:  Amri, awak ada berapa beradik?
Amri:    tiga, cikgu
Cikgu:  awak yg paling tua?
Amri:    tak, atuk saya….

Romantik


Zamani diundang kawannya untuk makan malam. Salleh si tuan rumah memanggil isterinya dengan panggilan cukup manja… Sayang… Manis… Cintaku dan sayangku tak lekang dari bibirnya.

Zamani memandang Salleh lalu berkata: “Romantis betul kau, walau berpuluh tahun kahwin kau tetap memanggil isteri kau dengan panggilan manja."

Mizal mengangkat bahu dan berbisik:
“Sebenarnya aku selalu lupa namanya sejak tiga tahun kebelakangan ini.”

Orang Gila


Seorang Lelaki menelefon sebuah rumah sakit jiwa dan bertanyakan kepada petugas resepsi adakah pesakit di katil nombor 27 ada.
Petugas tersebut lalu memeriksa dan dengan segera kembali ke telefon memberitahu lelaki tersebut, bahawa katil nombor 27 sememangnya kosong.
“Bagus sekali…!” Kata si lelaki, “… Itu bererti aku sudah betul-betul berjaya melarikan diri.”